Nasihat Keselamatan - Jenis Penipuan Kewangan

Keselamatan anda, keutamaan kami

JENIS-JENIS PENIPUAN

Sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa penipuan. Kenali jenis penipuan dan bagaimana untuk melindungi diri anda.

Phishing

"Phishing" membawa maksud memancing kata laluan di mana perkara ini ditujukan ke atas perlakuan meminta mangsa mengklik pautan yang dihantar bersama e-mel atau mesej untuk mendedahkan maklumat peribadi, perbankan internet atau maklumat perbankan mangsa tanpa disedari.

  1. Terima emel/SMS/Whatsapp/WeChat (atau mana-mana aplikasi ruangan bualan mudah alih lain) dengan pautan untuk mengemaskini maklumat akaun anda? JANGAN KLIK pautan tersebut.
  2. Terima emel/SMS/Whatsapp/WeChat (atau mana-mana aplikasi ruangan bualan mudah alih lain) dengan pautan untuk mengemaskini akaun bank anda untuk pambayaran semula cukai LHDN? JANGAN KLIK pautan tersebut.
  3. Terima emel dengan pautan untuk membuka kunci/mencairkan akaun bank anda? JANGAN KLIK pautan tersebut.
  4. JANGAN KLIK pautan yang akan melencongkan anda kepada laman log masuk Perbankan Atas Talian OCBC. Pastikan anda sentiasa menaip laman log masuk Perbankan Atas Talian OCBC dengan penuh: https://internet.ocbc.com.my/internet-banking/





Panggilan Palsu / Panggilan Macau

Panggilan palsu berlaku apabila mangsa menerima panggilan daripada orang yang tidak dikenali yang menyamar sebagai pihak berkuasa untuk mendapatkan maklumat peribadi dan meminta mangsa membuat pemindahan wang ke atas pihak akaun ketiga.

  1. JANGAN berikan sebarang maklumat peribadi atau maklumat akaun perbankan kepada pemanggil yang tidak dikenali. Putuskan talian serta merta.
  2. JANGAN layan panggilan mengenai mana-mana tunggakan kad kredit/pinjaman peribadi atau pindahan masuk dana dari Bank Negara Malaysia.
  3. JANGAN layan panggilan daripada MACC/SPRM mengenai penyelesaian caj pelaburan wang haram.
  4. JANGAN layan panggilan atau emel dari mana-mana bank yang meminta anda mengemaskini nombor akaun anda untuk pembayaran balik cukai pendapatan LHDN.
  5. JANGAN layan panggilan daripada Majistret/Mahkamah Tinggi, PDRM, Jabatan Audit Negara atau badan berkuasa lain yang meminta untuk menyiasat akaun bank anda atas sebab pengedaran dadah, pelaburan wang haram atau mana-mana aktiviti jenayah yang mencurigakan lain.

Penipuan Kiriman Bungkusan

Penipu akan memaksa mangsa untuk membuat bayaran untuk melepaskan bungkusan yang dikatakan dihantar kepada mangsa.

  1. Menerima emel/Whatsapp/Facebook Messengger mengenai kiriman bungkusan yang mengandungi wang tunai, barang kemas, komputer riba, telefon bimbit dan barangan berharga yang lain? Ia adalah satu PENIPUAN!
  2. Menerima panggilan daripada Syarikat Kurier atau Jabatan Kastam Malaysia mengenai bungkusan yang tersekat di KLIA/Port Klang? Ia adalah satu PENIPUAN!
  3. Penipuan kiriman bungkusan memerlukan anda untuk membayar sejumlah wang untuk menuntut barangan anda daripada Jabatan Kastam Malaysia. Abaikan permintaan bayaran tersebut dan putuskan talian panggilan tersebut.

Penipuan Pelaburan

Penipu akan berkongsi skim pelaburaan yang menjamin pulangan yang tinggi and cepat untuk menarik mangsa untuk melabur dalam skim.

  1. Anda diperkenalkan kepada skim pelaburan yang menjamin pulangan tinggi dalam masa yang singkat. Ia adalah satu PENIPUAN!
  2. JANGAN tertekan dengan permintaan skim pelaburan yang memerlukan jumlah pelaburan yang tinggi dan menarik anda ke dalam skim yang berbeza.
  3. JANGAN lakukan apa-apa bayaran atau pemindahan dana kepada mana-mana pihak ketiga tanpa mengesahkan skim tersebut terlebih dahulu.

Sindiket Penipuan Pekerjaan

Penipu akan mengiklankan pekerjaan bergaji tinggi yang memerlukan anda membuat pembayaran ke akaun yang tidak diketahui sebelum anda menerima sebarang pembayaran komisen.

  1. Berhati-hati dengan iklan pekerjaan di media sosial yang menjanjikan pekerjaan bergaji tinggi tanpa maklumat lebih.
  2. JANGAN bayar wang pemprosesan untuk permintaan kerja atau apabila anda diminta membuat pembayaran ke akaun pihak ketiga yang tidak diketahui.
  3. JANGAN kongsi butiran peribadi, maklumat akaun perbankan atau dokumen anda (seperti salinan kad pengenalan, penyata KWSP, penyata akaun bank, dll) melalui Whatsapp/WeChat/Facebook (atau mana-mana aplikasi sosial) kepada pihak ketiga yang tidak dikenali.

Serangan Perisian Hasad / "Malware"

Pautan yang menipu anda untuk klik ke laman web palsu ataupun memuat turun perisian hasad yang boleh menyerang komputer anda.

  1. JANGAN klik mana-mana pautan atau lampiran pada emel/Whatsapp/WeChat/Facebook Messenger.
  2. JANGAN muat turun mana-mana aplikasi mudah alih daripada laman yang tidak dipercayai dan JANGAN "root" atau "jailbreak" telefon pintar anda kerana ia boleh membahayakan keselamatan telefon pintar anda.
  3. Jangan klik pada mana-mana pautan lain yang menyatakan OCBC Bank. URL laman web rasmi Perbankan Atas Talian OCBC adalah: https://internet.ocbc.com.my/internet-banking/
  4. Jika Imej Sekuriti dan Frasa Sekuriti anda berbeza selepas anda masukkan ID log masuk anda, tutup aplikasi mudah alih/pelayar tersebut dengan serta-merta. JANGAN masukkan Kata Laluan anda.
  5. Jika anda digesa berulangkali untuk Kata Laluan atau OTP walaupun anda telah masukkan maklumat log masuk dengan betul, tutup aplikasi mudah alih/pelayar tersebut dengan serta-merta.
  6. JANGAN layan panggilan yang menyerupai panggilan daripada staf OCBC yang meminta anda untuk mendedahkan ID Log Masuk Perbankan Atas Talian, Imej Sekuriti, Frasa Sekuriti, Kata Laluan, OTP atau Kod Cabaran anda secara lisan (Nota: OCBC Bank tidak akan meminta pelanggan mendedahkan Kata Laluan atau OTP atau Kod Cabarannya).
PERLUKAN BANTUAN?

Kami akan menyelesaikan sebarang keraguan anda

Hubungi kami di talian +603 8317 5000.