Meraikan dan memperkasakan usahawan wanita
OCBC Women Unlimited – Program yang dikhususkan untuk usahawan wanita.
Meski pelbagai langkah kemajuan telah dicapai dalam memupuk kepelbagaian dan keterangkuman, masih ramai wanita berdepan dengan cabaran untuk mengembangkan perniagaan mereka. Program OCBC Women Unlimited diwujudkan untuk memberikan anda saluran, panduan dan sokongan agar anda dapat berkembang dengan penuh keyakinan.
Berdasarkan data kami:
- Pada tahun 2019, sebanyak 21% syarikat berdaftar terdiri daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang diasaskan oleh wanita.
- Semakin ramai wanita tampil sebagai pemimpin dalam industri yang secara tradisinya dikuasai lelaki seperti Pembuatan, Pembinaan, serta Pengangkutan & Logistik — dan berjaya mencipta impak tersendiri.
- Namun, masih ramai usahawan PKS wanita mengalami pertumbuhan perniagaan yang perlahan pada tahun-tahun awal beroperasi, disebabkan oleh akses yang terhad kepada pembiayaan, jaringan perniagaan dan sokongan khusus.
‘Unlimited’ bukan sekadar perkataan — ia adalah cara berfikir. Ia tentang keyakinan bahawa sentiasa ada peluang untuk terus berkembang dalam perniagaan anda. Di OCBC, kami akan bersama-sama anda untuk mengekalkan momentum dan merealisasikan impian anda.
OCBC Women Unlimited diperkenalkan untuk menyokong keperluan khusus usahawan wanita; mengatasi cabaran dan berjaya dalam perniagaan anda. Sokongan kami berteraskan dua tonggak utama.
Raih peluang untuk melonjakkan perniagaan anda ke tahap seterusnya. Nikmati kadar faedah istimewa* apabila anda menyertai program usahawan wanita dan memohon pembiayaan perniagaan bersama-sama kami.

Dapatkan modal untuk pertumbuhan perniagaan anda
Dapatkan pembiayaan sehingga RM600,000 tanpa cagaran.

Bawa perniagaan anda ke tahap yang lebih tinggi
Luaskan perniagaan anda hari ini dengan OCBC Business Access – Akaun khas untuk perniagaan yang sedang berkembang, disertakan dengan kadar deposit istimewa* dan peralatan digital percuma bagi membantu perniagaan anda untuk terus maju.

Lindungi perniagaan anda
Nikmati hidup dengan lebih tenang bersama perlindungan Tanggungan Awam kami. Dapatkan pelan ini secara percuma selama 6 bulan, serta 10% diskaun untuk mana-mana polisi insurans am kami.

Lindungi diri anda
Dengan Business Banking Reducing Term Takaful, hidup lebih tenang dengan perlindungan tambahan. Dapatkan pengecualian caruman premium sehingga 2 bulan bagi setiap permohonan pembiayaan perniagaan yang berjaya.
*Tertakluk pada terma dan syarat.
