|
- Program Rebat Kad Kredit OCBC Great Eastern ("Program Rebat OCBC GE") adalah ciri berterusan yang dibuka kepada semua Ahli Kad Utama dan Tambahan Kad Kredit OCBC Great Eastern Platinum, Titanium, Emas dan Klasik ("Ahli Kad") yang layak daripada OCBC Bank. Hanya mereka yang mempunyai Kad (-kad) Kredit yang sah dan mempunyai akaun yang baik dengan OCBC Bank boleh menikmati Program Rebat ini, yang mana ia akan ditentukan oleh OCBC Bank atas budi bicara mutlaknya.
- Program Rebat OCBC GE ini tidak sah untuk Kad Bersama Robinsons dan Kad Kredit OCBC Platinum, Titanium, Emas & Klasik.
- Struktur Program Rebat OCBC GE adalah seperti berikut:-
Rebat Premium Insurans |
Kad Kredit OCBC Great Eastern Titanium |
Kad Kredit OCBC Great Eastern Platinum |
Rebat Premium Insurans Great Eastern (hanya melalui Perkhidmatan Easi-Pay Great Eastern) |
2.00% |
3.00% |
Jumlah Maksima Premium Insurans setahun |
RM6,000 |
RM15,000 |
Rebat Maksima Premium Insurans setahun |
RM120 |
RM450 |
Rebat Perbelanjaan Runcit Bulanan |
Peringkat 1: RM1 - RM6,000 pertama |
0.50% |
0.50% |
Peringkat 2: RM6,000.01 - RM20,000 seterusnya |
0.75% |
1.00% |
Peringkat 3: >RM20,000 seterusnya |
2.00% |
3.00% |
Rebat Perbelanjaan Runcit Maksima setahun |
RM2,000 |
RM3,000 |
- Contoh pengiraan Rebat Perbelanjaan Runcit
a) Kad Kredit OCBC Great Eastern Platinum dengan jumlah perbelanjaan RM10,000 dalam sebulan.
Jumlah Rebat diperolehi pada bulan tersebut = |
Rebat diperolehi |
RM6,000 x 0.5%(RM30.00) Perinkat 1 |
+ |
RM4,000 x 1.0%(RM30.00) Perinkat 2 |
= RM70.00 |
- Rebat Premium Insurans Great Eastern hanya sah untuk transaksi melalui Perkhidmatan Easi-Pay Great Eastern sahaja.
- Rebat Perbelanjaan Runcit dikira berdasarkan jumlah Perbelanjaan Runcit bulanan (tidak boleh ditunggak dari bulan yang lepas).
- Rebat Perbelanjaan Runcit ini melibatkan rebat-rebat yang diberikan kepada Ahli Kad yang berbelanja untuk berikut: semua pembelian runcit baru yang dibuat di dalam dan di luar negara, e-dagang/transaksi internet, jumlah keseluruhan Pelan Bayaran Ansuran (IPP) baru (jumlah ansuran bulanan) dan transaksi Kiriman Pos/Pesanan Telefon.
- Transaksi Debit Terus/Berulang, Pelan Bayaran Mudah (Flexi Payment Plan - FPP), Savvy Saver Plan (SSP), Pemindahan Baki, Pendahuluan Tunai, Call-for-Cash, Dial-a-Cash, Dial-a-Cheque, baki tertunggak, yuran kewangan, yuran tahunan, caj lewat, pembalikan, transaksi runcit secara penipuan dan yuran-yuran serta caj-caj lain tidak termasuk dalam Rebat Perbelanjaan Runcit ini.
- Untuk tujuan pengiraan, transaksi perbelanjaan di luar negara akan ditukar kepada Ringgit Malaysia (RM) dan akan berdasarkan rekod transaksi OCBC Bank sahaja.
- Ahli-ahli Kad berikut tidak layak untuk menyertai Program Rebat OCBC GE ini:
- Pemegang Kad(-kad) Kredit OCBC yang tidak dikeluarkan di Malaysia;
- Ahli Kad dimana akaun OCBC yang dibawah pegangannya didapati tidak memuaskan;
- Ahli Kad di mana akaun(-akaun) Kad(-kad) Kredit OCBC dengan OCBC Bank telah ditamatkan atau mereka yang telah melanggar mana-mana perjanjian dengan OCBC Bank.
- Rebat akan dikreditkan setiap bulan dan akan tertera dalam penyata bulanan Ahli Kad(-kad) Kredit OCBC Great Eastern yang berikutnya.
- Ahli Kad Kredit OCBC Great Eastern Emas & Klasik akan menikmati kemudahan kad dan Rebat yang sama seperti Kad Kredit OCBC Great Eastern Titanium.
- Rebat terakru adalah tertakluk kepada perubahan sekiranya terdapat mana-mana kredit(-kredit) atau debit(-debit) yang dikenakan kepada Akaun Ahli Kad adalah diperolehi daripada barangan atau Perkhidmatan yang dikembalikan, atau bil yang dipertikaikan.
- Bil/transaksi yang dipertikaikan tidak layak untuk mendapat Rebat di bawah Program Rebat OCBC GE.
- Bayaran untuk Program Rebat OCBC GE akan dikira kepada Ringgit Malaysia genap yang terhampir berdasarkan jumlah perbelanjaan keseluruhan.
- Semua Rebat yang diberikan di bawah Program Rebat OCBC GE akan dibatalkan atau ditarik balik jika berlaku salah atau lebih perkara-perkara berikut:
- Keahlian Kad(-kad) Kredit OCBC Great Eastern dibatalkan oleh OCBC Bank atas apa jua sebab
- Berlaku kehilangan, kecurian, kerosakan, pembinasaan, pemalsuan atau penggunaan tanpa kebenaran ke atas Kad(-kad) Kredit OCBC Great Eastern
- Pembatalan keahlian Kad(-kad) Kredit OCBC Great Eastern
- Program Rebat OCBC GE ditamatkan atas sebab-sebab tertentu
- Pembalikan Transaksi yang dipertikaikan akan menyebabkan Rebat yang berkenaan juga diperbalikan.
- Rebat tidak boleh dipindahmilik atau ditukar dengan barangan lain, kredit atau seumpamanya, sama ada sebahagian atau sepenuhnya.
- Keputusan yang dibuat oleh OCBC Bank yang berkaitan dengan semua perkara berhubung dengan Program Rebat OCBC GE ini adalah muktamad, tidak boleh dipertikaikan dan mengikat semua pihak. Sebarang surat-menyurat atau percubaan untuk mempertikaikan keputusan tersebut tidak akan dilayan. Dengan menyertai Program Rebat OCBC GE, Ahli Kad bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat ini.
- OCBC Bank dan Great Eastern tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa atau barang berharga atau apa-apa kehilangan atau kemusnahan lain yang dialami oleh Ahli Kad yang timbul atau akibat, secara langsung atau tidak langsung, sepenuhnya atau sebahagiannya, hasil daripada penyertaan mereka dalam Program Rebat OCBC GE atau akibat daripada kecuaian pihak OCBC Bank atau Great Eastern.
- OCBC Bank dan Great Eastern tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kegagalan disebabkan oleh kuasa Tuhan, perang, rusuhan, mogok, keganasan, wabak, darurat, tindakan industri, kebakaran, banjir, kemarau, ribut atau sebarang kejadian yang diluar kawalan OCBC Bank atau Great Eastern.
- OCBC Bank atau Great Eastern tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan termasuk tanpa had, kehilangan pendapatan, untung atau muhibah, secara langsung atau tidak langsung, kebetulan atau tidak, akibat, punitif atau kerosakan khas mana-mana pihak termasuk pihak ketiga dalam apa-apa bentuk, sama ada dalam kontrak, tort, kelalaian atau tidak, yang berkaitan dengan Program Rebat OCBC GE, walaupun OCBC Bank atau Great Eastern telah memberi nasihat atas kemungkinan berlaku kerosakan tersebut terlebih dahulu dan semua kerosakan tersebut adalah dikecualikan.
- OCBC Bank berhak, atas budi bicara mutlaknya, mempelbagai atau menambah Terma dan Syarat ini atau mempelbagai, menggantung atau menamatkan Program Rebat OCBC GE ini tanpa memberikan sebarang notis terlebih dahulu kepada Ahli Kad. Pindaan atau penambahan kepada Terma dan Syarat atau kepelbagaian, pengantungan atau penamatan Program Rebat OCBC GE ini boleh dilakukan dengan meletakkan notis umum dalam salah satu surat khabar harian tempatan atau memberikan notis umum di mana-mana cawangan OCBC Bank atau laman web OCBC atau dengan memasukkan notis ke dalam penyata OCBC Bank yang dihantar kepada Ahli Kad secara berjadual dan notis tersebut akan berkuatkuasa dari tarikh yang tercatat pada notis tersebut dan jika tiada tarikh dinyatakan, ia akan berkuatkuasa mulai tarikh penyata tersebut.
- Terma-terma dan syarat-syarat ini adalah tertakluk kepada undang-undang Malaysia dan Ahli Kad yang layak, Ahli Kad yang menyertai Program Rebat OCBC GE dengan ini adalah dianggap telah bersetuju untuk tertakluk kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.
|
|